me

...Selamat Datang...

Tuesday, June 29, 2010

PERHATIAN KEPADA SEMUA GURU MEDIA..!!


Perhatian kepada semua rakan-rakan guru media MRSM, kepada rakan-rakan yang masih mencari-cari sistem untuk perpustakaan maktab saya ingin promote satu sistem yang bagus dengan harga yang berpatutan.


E-Proses Versi7 - Belian Secara Online
Untuk menjimatkan kos kewangan sekolah, saya memperkenalkan sistem ini pada kadar harga yang amat berpatutan iaitu sebanyak RM500.00 ( Lima Ratus Ringgit Sahaja ) . Walaupun murah, sistem ini mempunyai fungsi sama seperti ciri - ciri aplikasi pusat sumber yang mahal, malah ada ciri -ciri yang ada di E-Proses tidak terdapat dalam aplikasi lain.

Sila layari blog di bawah untuk keterangan lanjut.

http://psumber.blogspot.com/











Thursday, June 24, 2010

Tahukah Anda..?

Tahukah anda?

Memaparkan beberapa fakta yang difikirkan menarik untuk dikongsikan bersama.





"... bahawa kedudukan buruj belantik berubah mengikut arah tempat ia dilihat?"


"... bahawa kapal terpanjang yang pernah dibina, Knock Nevis lebih tinggi berbanding Menara Berkembar Petronas?"

"... bahawa Laut Jepun tidak mengalami pasang surut kerana hampir dikelilingi sepenuhnya oleh daratan?"

"... bahawa Afrika Selatan mempunyai tiga ibu negara?"

"... bahawa ketinggian alat muzik organ boleh sampai sehingga lima tingkat?"

"... bahawa istilah mentor berasal dari nama seorang tokoh dalam kisah mitos Greek, Mentor anak Alcumus?"

"... bahawa kebanyakan enjin bot tunda yang digunakan adalah sama dengan enjin keretapi?"

''...bahawa bendera negara Denmark telah dicipta 700 tahun lampau, menjadikan bendera paling lama digunakan di dunia.





Petua Tradisional Ibunda


Di sini ada sedikit petua tradisional yang sering digunakan oleh orang-orang dahulu. Kepada rakan-rakan, silalah kongsikan petua yang anda ketahui....

'Selamat Mencuba'



Asma
Tujuh helai daun sirih ditumbuk lumat bersama satu sudu tehlada putih dan campurkan minyak kayu putih secukupnya agar menjadi pepesan.Sapukan pada dada pesakit serta leher, amalan ini akan menghilangkan penyakit asma.


Bau Badan
Sapukan adunan tiga helai daun sirih dan sedikit
tawas yangtelah diramas sama, ke atas badan dan ketiak semasa mandi. Biarkan beberapaketika dan bilas dengan air bersih.


Bayi Selsema
Beberapa tangkai daun sirih tekan dengan jari hinggamengeluarkan lendirnya, kemudian sapukan pada batang hidung bayi. Cara ini akan melegakan selsema dan pernafasan menjadi mudah.


Hidung Berdarah
Daun sirih digulung sebesar jari kelingking serta diramassedikit dibahagian hujungnya untuk mengeluarkan bau dan dimasukkan kehidung yang berdarah. Baringkan pesakit dengan keadaan kepala meninggi.


Sakit Gigi
Kunyah sirih hingga lumat pada gigi yang sakit. Untukbeberapa ketika sakit gigi akan berkurangan.



Tuesday, June 15, 2010

Selamat Hari Bapa

Sempena hari bapa pada 20hb Jun ni, aku ingat nak masak masakan kegemaran ayah aku, ikan masak asam pedas...nyum2 sedapnye. meh berkongsi resepi yang opah aku turunkan pada aku. Harap-harap menjadi.



Nyum2 ikan duri masak asam pedas.


Bahan-bahanya:
½ ekor ayam, dibersihkan dan dipotong-potong
2 keping asam gelugur
1 cawan minyak masak
1 ikat daun kesum
Gula dan garam secukupnya
2 cawan air
10 tangkai cili kering, digiling
6 biji bawang merah, digiling
1 sm halia, digiling
Sedikit belacan, digiling
4 tangkai cili merah, digiling
2 ulas bawang putih, digiling
1 sm kunyit basah, digiling

Cara-cara membuatnya:
Panaskan minyak di dalam periuk. Tumis bahan-bahan giling hingga garing. Masukkan ayam dan air. Masak hingga mendidih. Masukkan asam gelugur, gula, garam dan daun kesum. Kacau hingga rata dan biar hingga betul-betul masak baru diangkat




Selamat Hari Guru


Hari Guru MRSM Mersing tahun ini disambut meriah dengan tema 'Kembali Ke Sekolah'. Semua cikgu jadi murid pada hari tersebut. Seronok sakan kami dikenakan pelajar pada hari tu..tapi memang enjoy sangat.Cikgu-cikgu Selamat Hari Guru..!!




Bila cikgu jadi murid.





Terasa muda remaja kembali.



Demam Bola



Piala Dunia FIFA 2010 adalah Piala Dunia FIFA ke-19, kejohanan bola sepak antarabangsa terulung. Ia sedang berlangsung dari 11 Jun hingga 11 Julai 2010 di Afrika Selatan. Inilah kali pertama kejohanan ini dianjurkan di sebuah negara Afika, setelah Afrika Selatan menewaskan Maghribi dan Mesir dalam proses pembidaan yang melibatkan kesemua calonnya dari Afrika. Itali adalah juara bertahan yang memenangi Piala Dunia FIFA 2006 di Jerman.Sempena Piala Dunia 2010 yang telah pun membuka tirai dengan perlawanan pertama di antara tuan rumah Afrika Selatan menentang Mexico yang berkesudahan seri 1-1.





Jabulani, bola perlawanan rasmi Piala Dunia FIFA 2010

Jabulani, bola perlawanan rasmi Piala Dunia FIFA 2010.Bola khusus buatan adidas untuk Piala Dunia FIFA 2010 FIFA, bernama Jabulani, iaitu "menyemarakkan keriangan" dalam bahasa Zulu. Nombor sebelas memainkan peranan penting dalam bola baru yang serba canggih ini: inilah bola perlawanan Piala Dunia ke-11 buatan jenama kelengkapan sukan Jerman itu; dilengkapi 11 warna, satu untuk seorang pemain di padang; dan Afrika Selatan mempunyai 11 bahasa rasmi.Sebiji bola istimewa yang berpanel emas bakal digunakan di perlawanan akhir di Johannesburg.





Maskot rasmi Piala Dunia FIFA 2010

Maskot rasmi Piala Dunia FIFA 2010 ialah Zakumi, seekor harimau bintang bersifat manusia yang berambut hijau, diperkenalkan pada 22 September 2008. Namanya dipetik dari "ZA", singkatan antarabangsa untuk Afrika Selatan, dan "kumi", yang bermaksud "10" dalam pelbagai bahasa Afrika.[8] Warna hijau kuning maskot ini mencerminkan warna-warna yang dipakai oleh pasukan tuan rumah.


Selamat Berpesta Bola





Monday, June 14, 2010

Warna-Warna Kehidupan


Aku selangkah lagi ke dunia baru. Tanggal 06 Nov 2009, aku sah bergelar isteri kepada suami pilihan hatiku. Detik-detik manis di hari bahagiaku masih tersemat indah selamanya sebagai kenangan abadi.








Agar aku menjadi isteri yang solehah.Semoga perkahwinan kami ini berkekalan selamanya.





Sepanjang kehidupan ini
Belum lagi ku temui
Kebahgiaan yang kucari
Masih Jauh dari sisi

Ku berjalan tanpa henti
Mencari sesuatu untuk dimiliki
Sayangnya aku masih lagi mencari
Bila bertemu belum pasti

Sedang sibuk ku meneliti
Tiba-tiba kau muncul disisi
Membawa seribu erti
Buat diri ini yang dalam sepi

Kini awan mendung berlalu pergi
Datang pula pelangi pembawa seri
Semoga cahaya pelangi selalu disisi
Menemani diriku dikala sepi










Erti Hidup


Alhamdulillah..
Setelah hampir 5 tahun di menara gading akhirnya aku berjaya menamatkan pengajianku.Terasa amat gembira apabila aku ditawarkan berkhidmat sebagai seorang guru di Maktab Rendah Sains MARA(MRSM) Mersing, Johor. Di sinilah bermulanya lembaran kehidupanku yang sebenar.



Dataran Budiman MRSM Mersing.
Pandangan atas yang menarik.








MRSM Mersing Megah Berdiri.
Ditubuhkan sejak tahun 2001, MRSM Mersing telah melahirkan para graduan yang cemerlang akademik dan sahsiah.





Dewan sri Mersing.
Kini aku seorang pendidik, mendidik anak-anak bangsa agar menjadi insan yang berjaya dunia & juga akhirat. Insy'Allah.





Aku kini bakal menempuh cabaran baru dalam kehidupan, dari alam persekolahan ke alam pekerjaan. Semoga aku lebih tabah menjalani dugaan yang bakal aku tempuhi.