me

...Selamat Datang...

Tuesday, June 15, 2010

Demam Bola



Piala Dunia FIFA 2010 adalah Piala Dunia FIFA ke-19, kejohanan bola sepak antarabangsa terulung. Ia sedang berlangsung dari 11 Jun hingga 11 Julai 2010 di Afrika Selatan. Inilah kali pertama kejohanan ini dianjurkan di sebuah negara Afika, setelah Afrika Selatan menewaskan Maghribi dan Mesir dalam proses pembidaan yang melibatkan kesemua calonnya dari Afrika. Itali adalah juara bertahan yang memenangi Piala Dunia FIFA 2006 di Jerman.Sempena Piala Dunia 2010 yang telah pun membuka tirai dengan perlawanan pertama di antara tuan rumah Afrika Selatan menentang Mexico yang berkesudahan seri 1-1.





Jabulani, bola perlawanan rasmi Piala Dunia FIFA 2010

Jabulani, bola perlawanan rasmi Piala Dunia FIFA 2010.Bola khusus buatan adidas untuk Piala Dunia FIFA 2010 FIFA, bernama Jabulani, iaitu "menyemarakkan keriangan" dalam bahasa Zulu. Nombor sebelas memainkan peranan penting dalam bola baru yang serba canggih ini: inilah bola perlawanan Piala Dunia ke-11 buatan jenama kelengkapan sukan Jerman itu; dilengkapi 11 warna, satu untuk seorang pemain di padang; dan Afrika Selatan mempunyai 11 bahasa rasmi.Sebiji bola istimewa yang berpanel emas bakal digunakan di perlawanan akhir di Johannesburg.





Maskot rasmi Piala Dunia FIFA 2010

Maskot rasmi Piala Dunia FIFA 2010 ialah Zakumi, seekor harimau bintang bersifat manusia yang berambut hijau, diperkenalkan pada 22 September 2008. Namanya dipetik dari "ZA", singkatan antarabangsa untuk Afrika Selatan, dan "kumi", yang bermaksud "10" dalam pelbagai bahasa Afrika.[8] Warna hijau kuning maskot ini mencerminkan warna-warna yang dipakai oleh pasukan tuan rumah.


Selamat Berpesta Bola





No comments:

Post a Comment