me

...Selamat Datang...

Thursday, June 24, 2010

Petua Tradisional Ibunda


Di sini ada sedikit petua tradisional yang sering digunakan oleh orang-orang dahulu. Kepada rakan-rakan, silalah kongsikan petua yang anda ketahui....

'Selamat Mencuba'



Asma
Tujuh helai daun sirih ditumbuk lumat bersama satu sudu tehlada putih dan campurkan minyak kayu putih secukupnya agar menjadi pepesan.Sapukan pada dada pesakit serta leher, amalan ini akan menghilangkan penyakit asma.


Bau Badan
Sapukan adunan tiga helai daun sirih dan sedikit
tawas yangtelah diramas sama, ke atas badan dan ketiak semasa mandi. Biarkan beberapaketika dan bilas dengan air bersih.


Bayi Selsema
Beberapa tangkai daun sirih tekan dengan jari hinggamengeluarkan lendirnya, kemudian sapukan pada batang hidung bayi. Cara ini akan melegakan selsema dan pernafasan menjadi mudah.


Hidung Berdarah
Daun sirih digulung sebesar jari kelingking serta diramassedikit dibahagian hujungnya untuk mengeluarkan bau dan dimasukkan kehidung yang berdarah. Baringkan pesakit dengan keadaan kepala meninggi.


Sakit Gigi
Kunyah sirih hingga lumat pada gigi yang sakit. Untukbeberapa ketika sakit gigi akan berkurangan.



1 comment: